Pada 25 Januari 2017 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan satu program latihan dalam perkhidmatan bagi mendedahkan guru-guru kepada kaedah dan pendekatan bagi pendidikan abad ke 21.

Program tersebut telah dimulakan selepas sesi persekolahan, iaitu pada jam 2.30 petang dan berlangsung selama lebih kurang selama 3 jam.

Penceramah yang dijemput adalah Cik Yang Roziah bt Mohd Yaacob dan
Pn Anis Oweeda bt Ismail. Mereka merupakan Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris daipada PPD Kerian.

Sepanjang perjalanan kursus tersebut, guru-guru telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan telah diberikan peranan dan tugas masing-masing. Secara kesimpulannya, kursus tersebut telah membuka ruang kepada guru bagi mendalami kaedah dan cara yang sesuai bagi melaksanakan pendidikan abad ke 21 di dalam bilik darjah.





Untuk melihat album lengkap, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment

 
Top