Program Jaya Waris merupakan satu program dibawah unit penyelaras tahun 6 yang diadakan setiap tahun bagi memberikan semangat dan kesedaran kepada murid-murid bagi membuat persediaan menghadapi UPSR.

Program ini bukan hanya tertumpu kepada murid-murid sahaja, tetapi ibu, bapa dan penjaga juga akan diberikan motivasi bagi membimbing murid sepanjang masa sebelum UPSR.

Bagi tahun 2017 ini, Program Jaya Waris telah dijalankan pada hari khamis yang lalu, iaitu bersamaan dengan 2 Februari 2017.

Penceramah yang dijemput adalah merupakan seorang pegawai unit kaunserling dari PPD Kerian, En. Muhammad Naufal bin Azid @ Aziz. Beliau telah berjaya menyampaikan sesi ceramah dan kaunserling dengan berjaya selama lebih kurang 1 jam setengah.

Program yang bermula sekitar jam 3 petang itu tamat pada jam 5.30 petang.






Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment

 
Top