16 Mei adalah tarikh hari sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Tidak terkecuali bagi tahun 2016, tarikh 16 Mei sekali lagi disambut bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa guru di seluruh negara.

SK Sungai Setar juga telah menganjurkan satu majlis bagi menyambut hari guru pada tarikh yang sama. Pelbagai aktiviti melibatkan guru dan murid telah dijalankan bermula dari seawal jam 7.30am. Majlis yang berlangsung sekitar 3 jam itu turut menerima sumbangan berbentuk kek dan jamuan makan.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan lancar dan penuh meriah. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru khususnya guru-guru yang sentiasa memerah keringat di SK Sunga Setar.







 

0 comments:

Post a Comment

 
Top