oleh Aziehakim
Sk Sungai Setar - Sekolah ini amat bertuah kerana telah mendapat bantuan baja dan kit pertanian sumbangan dari Pejabat Pertanian Daerah kerian. Baja dan kit pertanian ini adalah salah satu usaha untuk membantu pihak sekolah yang telah melibatkan diri dalam Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Usaha ini juga adalah salah satu kesinambungan bantuan yang telah diterima dari  Pejabat Pertanian Daerah Kerian kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu dari segi material mahu pun khidmat nasihat semenjak tahun 2010 lagi. Jutaan terima diucapkan kepada usaha murni Pejabat Pertanian Daerah Kerian.


0 comments:

Post a Comment

 
Top